Saturday, August 20, 2011

PERJUANGAN

MELIHAT ERTI KEHIDUPAN

BAGAIKAN DI MEDAN PEPERANGAN

PEGANGAN MENJADI BAGAIKAN

MENGUNDANG AKAN KECELAKAAN

SEAKAN SUDAH TIADA LAGI

HAK DAN KEBEBASAN DIRI SENDIRI

BILA KUASA DI GENGGAMAN

BAGAIKAN DIRASUK SYAITAN

HILANG ARAH DAN KEPERCAYAAN

MAKA DILUPAKAN DARATAN

JAJNI YANG HARUS DIKOTAKAN

KINI HANYALAH TINGGAL KENANGAN

HINGGA TIADA KEBEBASAN

UNTUK MENYUARAKAN PANDANGAN

BAGI SETIAP PENENTANGAN

PASTI DIHANTUI BEBANAN

YANG CUBA MEMBERANIKAN DIRI

PASTI DIBAYANGI HUKUMAN NGERI

APAKAH MEREKA LUPA

KITA PUNYA RASA,PUNYA CINTA

YANG SEDANG DALAM KEGELAPAN

DAN BAGAI DALAM KESESATAN

AKAN PASTI AKU NYALAKAN

API CAHAYA KEBEBASAN

BUKAN MELANCAR PEPERANGAN

CUMA BERJUANG KEADILAN

BERILAH AKU KEBEBASAN

KEHIDUPAN YANG DIINGINKAN

PERJUANGAN INI BAGAIKAN PERTEMPURAN PEPERANGAN

PERJUANGAN KEBEBASAN,KEADILAN AKAN KU TERUSKAN!!

Friday, August 19, 2011

HASUTAN SYAITAN



Keluarkanlah kau hancuriBayang-bayang dunia ini
Tidak mungkin kau dibiarkan lagi
Tiba masa untuk kau pergi
Berlagak melintas di hati
Keperitan yang dilalui
Tidak pernah engkau kotakan janji

Telah lama engkau curi
Kekayaan milik peribadi
Hasil curi yang kau bawa lari
Tidak puas dengan yang kau miliki
Kau serangi tanah-tanah suci

Percayalah kataku ini
Pasti tiba masanya nanti
Bila mereka bersatu hati
Engkau pasti tidak dapat lari

Gilakan kekayaan
Hingga lupa daratan
Hampiri kegelapan
Dan hangus terbakar

Kerna berteman hasutan syaitan


Sunday, August 7, 2011

Quiz , Assignment dan Presentation..YUHUUU!!!

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua hehehh.....

Hahahha..kalu nak cerita pasal quiz,assiment n presenatation ni..hah student-student U memamng x kan lepas dari wat 3 benda ni hehehe...sepeti aku juga...setiap sememster pasti ada....dan aku rasa aku dah menyukai kehidupan seperti ini...sentiasa ada jak kerja hehheheh...
MySpace.... hahha ni bukan perli tau...ni ikhlas hahahahaa....

Sekarang ni dah masuk minggu ke-4 untuk study aku d U ni...so dari mingu ke minggu kera-kerja semakin bertambah...semua assigment n presentation ni dah x pandai amik nombor dah dan untggu giliran ka..huhuuh...semua main serang jak...so aku la org yang serabut hahha...sudahlah aku ni jennis yang suka wat kerja last-last minit..untunglah ya ada perangai seperti itu hohoho...kelam kabut bila tiba hari kejadian hahahaahh.....bagus sungguh aku ini!!! hehheh MySpace

sekarang yang berlegar-legar dikepala ku adalah aku rasa ingin berlari jauh...MySpace ( amboi....x ingat orang nmpak....suka hati jak mau lari huhuh ) huhuhuh....xdala...tu aku rasa jak...x kan lari betul2 pun..kalu lari....abis la aku semester ni...jatuh la pointer ku....fikir dulu sebelum bertindak!!! hehheheh......MySpace

Tapi apapun...selama kerja-kerja yang aku lakukan dan laksanakan selama aku hidup sehingga sekarang ni..biarlah hanya kerana ALLAH SWT...kerana setiap pekerjaan yang kita lakukan biarlah ALLAH SWT redha dan memberkati kita...InsyaAllah...dan kita ikhlas membuat sesuatu tu kerana ALLah SWT...walaupun kita x mampu sekalipun membuat sesuatu pekerjaan...jangan risau...insyaallah ALLAH SWT akan membantu kita...sebagaimana dalam AL-QURAN di surah MUHAMMAD AYAT 7 :

" jika kita membantu agama ALLAH SWT Insyaallah ALLAH SWT akan membantu kita "


Maksud Ayat diatas tu aku bagi ringkas tapi itula maksud and main point yang aku nak bagitau..apapun sesungguhnya apa jak yang kita buat,kita lakukan, biarlah semata-mata kerana ALLAH SWT...... seperti aku pun kadang terlupa pada maha Pencipta...kadang membuat sesuatu pekerjaan atas dasar kepentingan diri sendiri dan lain-lain..bukan kerana Allah swt...so sama-samalah kita muhasabah diri balik dan selalu lah ingat mengingati sesama sendiri..yala...sebabnya kita ni kejap jak terleka hal-hal dunia....huhuuh...( wah aku dah lari tajuk...huuhu ) tapi itula aku nak sampaikan...sesebuk mana kita pun..kita kena ingat...ada lagi yang sibuk dari kita huhuh....

So...dengan ini....aku x mau wat kerja-kerja last minit walaupun susah sungguh nak buang perangai itu jauh-jauh hohoho...mau pelan-pelan ni....heheheheh....tapi gimana caranya?? hehehe......MySpace..hahaha...nda pa...aku pelan-pelan dari suka membuat kerja-kerja last-last minit ni hehehhe.....InsyaAllah aku boleh dan ISLAM boleh!!!!!.......MySpace

Saturday, August 6, 2011

Bulan Puasa dan SYAITAN?......fuh,....

Assalamualaikum......salam ramadhan semua..... MySpace

Ya..sahabat-sahabat semua...Alhamdulliah...Allah swt masih memberi keizinan pada aku untuk menulis post baru di bulan yang amat mulia ini iaitu bulan ramadhan al mubarak....kenapakah aku menulis tajuk "BULAN PUASA DAN SYAITAN? ".... sebab dengan rasa bersyukur sangat-sangat kehadrat illahi kerna..aku baru melaksanakan tanggungjawab yang sahabat-sahabat aku berikan iaitu berkaitan tentang presentation about this satan,evil,geenie and as so on la....huhuhuuh.....rasa firstime selama aku hidup d universiti n bab-bab presentation ni... hari ni aku mempresent kan dgn keadaan yg bersemangat n x penah2 perasaan present aku kat kuliah or class seperti ini...alhmdulillah...syukur sgt2... mungkin aku present di depan org2 yang amat rapat dengan aku......hehhe..ok2 aku dah membebel panjang ni...so kita go through to the main topic..( wah speaking london nmpak?? hehhe )

Ok...Bulan Puasa VS syaitan....ayyook... hihih...MySpace...tu la..of course la amat2 related sgt2 bila nk bincang mengenai bulan puasa ngn setan ni....masa present td....haha cakap pasal makhluk ni kadang seram juga... tapi sebagai umat islam kita kena tau la....tu la musuh utama n musuh sejati umat islam dari zaman nabi adam lagi sehingga la hari kiamat nnti..... tengok....betapa seramnya kalu kita fikirkan....betapa janji2 setan-setan ni pada Allah SWT untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara sekalipun terlaksana dengan jayanya sehingga sekarang....ya allah kalu kita fikir mendalam..memang amat menyeramkan....

Nak kata bulan puasa...banyak orang cakap setan2 ni kena ikat dan seangkatan dengan nya...But why still have many people do the worst things and break the rules from ALLAH SWT?? why still have many people like that?? persoalan seperti ini pun aku selalu tanya pada diri sendiri....sebab aku sendri insan yang lemah....x kuat untuk mempertahankan iman...dan selalu terjebak keara hasutan syaitan ini....hmm...bukankan setan2 ni kena ikat di bulan puasa ini? hah....ada sahabat aku mengatakan...yang setan,iblis n jin dibelenggu or terbelenggu sikit, terganggu kerana datangnya bulan yang amat-amat mulia ini... so ada juga yg buat maksiat d bulan ramadhan ni...hah apa yg aku perlu jawab ni??? ayyook...MySpace

Bagi pendapat aku la yang kecetekan ilmu,ilmu yang kurang ini...apa2 kemaksiatan yang berlaku pada bulan puasa ni..seperti yang berada d tempat aku belajar ni...asyik ada ja yang berdating tgah2 malam...yang sedihnya ada yang bertudung n ntahla..payah n amat susah aku nak terangkan... Rasanya...kerana NAFSU PLUS SETAN2 yang terbelenggu ini....fuh...bagaimanakah ini?? mcm mana ya aku nak ternangkan.....hmm..mcm ni..kalu hari biasa,bulan biasa, setan2 ni very core la untuk mghasut manusia...mmg sgt2 terus la..means setan2 ni x dibelenggu,denagn senang hatinya setan2 ni..menghasut n terus menghasut.. SETAN PLUS NAFSU...hohooh betulkah ni...tapi ni la pendapat yang lahir dari hati yang ikhlas dan kecetekan ilmu yanga da pada aku....(tp xpa..aku cuba berusaha untuk mnimba ilmu insyaAllah) faezah pasti boleh!!!MySpace

kalu nak cerita pasal godaan2 setan ni....mmg amatlah banyak.... so dengan itu....aku bg benda ni.... :

( aku copy sbb nk bg semua sahabat2 detailed mengenai semua ni...sbb kalu aku yg celoteh...konfem lari tajuk.... hohoohho )

sebenarnya byk lagi cara setan2 ni mengaanggu manusia...tapi ini yang mmpu aku berikan dahulu...mungkin ada part 2 ka lepas ni hihiihi.......

kesimpulannya.... apa2 yang berlaku...kuatkan iman kita..ingat pada ALLAH swt selalu...mulit sentiasa basah dgn zikirullah, ayat2 Al-Quran kerana..tu la benteng kita dari terhasutnya,termakannya kita pada pujuk rayu setan...InsyaAllah..... Bulan Puasa ni..kalu kita kuatkan hati dan semangat Insyaalah NAFSu kita yang nak ke arah kemaksiatan akan berkurangan kerna..AlLah SWT pasti akan membantu umat nya di bulan yang mulia ini juga bulan2 yang lain... ya KITA KUAT...ISLAM PUN KUAT!!!!!... selamat berpuasa semua......MySpace

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah: “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: “Ah…Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)

Syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah )kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: “Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud: “Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut: “Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: “Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.” (Hadis Riwayat Malik)

Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad Bersabda (memberitahu): Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”. (Hadis Riwayat Abu Daud).




Monday, August 1, 2011

Ehh??? Dah RAYA KA????

salam ramadhan pada semua bloggers n kawan2 yang membaca post ku ini...huhuhihihihihi

Eh?? dah raya ka ni sebenarnya???? hah....ni la persoalan yang kepala otak aku asyik pikir dan terus pikir.....hohohoooh.... rasanya puasa x sampai 2 hari pun tetapi aku dah mendengar orang semua sibuk nak beli baju raya la,kasut raya la,itula inila.....aish...aku pun pelik....nak baju raya x pa tapi ni nak berpasang-pasang pastu siap nk beli semua benda baru la......wah semangat betul nak sambut RAYA kan....padahal PUASA x sampai pun 2 hari pun lagi huhuuh.......MySpace

aku masih terus berfikir......dan terus berfikir.... yang itu ok lagi nak beli barang-barang tuk raya....ni lagi aku pelik.....baru nak stat puasa ni....dah aku dengar dengan telinga aku yang orang-orang ni dah memasang lagu raya...syahdu-syahdu lagi tu....aish.....ni lagi aku pelik...baru nak start puasa ni...dah pasang lagu raya... kalu sekali dua tu xpa lagi...tapi ini pelbagai bentuk n rentak lagu raya yang dimainkan.....so aku pun musykil la....kenapa boleh jadi macam ni.........aku yang stress sendiri bila pikirkan...ayyook....MySpace

MANA perginya SEMANGAT tu kita meraikan BULAN PUASA YANG PENUH BARAKAH NI???? huhuuuh.....bukan ka bulan yang terbaik adalah bulan ramadhan??? bulan untuk kita menambah pahala sebanyaknya..... dosa-dosa kita terhapus dan pahala yang kita dapat.....bulan yang amat-amat mulia lagi....bukankah bulan ramadhan ini yang kita patut RAIKAN.... kita menambahkan pahala...dengan kita beribadah, berbuat baik, solat malam, bertaubat n sebagainya...ALLAH SWT buka pintu direct padaNYA tuk kita memohon ampun n doa kepadaNYA.....so apa yg kita nak sibuk-sibuk pkir nak baju raya la..pasang lagu raya la n mcm-mcm lagi la....( ni bkan marah tau...cuma pelik huhuhu )

kalu kat makkah sana....mereka amat-amat meraikan bulan RAMADHAN ini...bila dah penghujung bulan, mereka menangis teramat-amat sangat sebab bulan yang baik ini akan berlalu...rugi teramat mereka kalu bulan baik ini ditinggalkan dengan sambelewa...mereka menangis sbb x mau bulan ramadhan itu berlalu....mereka masih ingin menghadap ALLAH SWT yang MAHA ESA..... tapi kita pula bagaimana di sini? bila bulan ramadhan nak berakhir?? kita seronok sbb nak meraikan hari raya, dah nak mempamerkan apa yang di beli..benda-benda baru la katakan huhuuhuh...HARI RAYA bukankah untuk orang-orang yang benar-benar berpuasa di bulan ramadhan ini.... hah tu sendiri kena fikir..... ni cuma luahan hatiku yang aku rasa amat pelik...kenapa boleh jadi macam ni.....huhuhuhu

Raikan la bulan ramadhan ini seperti mana kita meraikan aidilfitri.... x salah pun nak pasang lagu raya, nk beli itu ini...tapi agak2 la....puasa x sampai pun 2 hari...tu yang aku amat musykil.....tapi x apala.... aku pun sebenarnya lemah dalam soal ini.... yang lemah tu mmg datang dari aku sendri....aku pun pernah juga menjadi seperti ini....

insyaallah aku cuba meraikan bulan puasa ini sebaik-baiknya....kita x tahu, mugkin inilah bulan ramadhan terakhir untuk kita...sapa tahukan.... wallahuallam.......... tata...

Saturday, July 30, 2011

Berfikir sejenak........

MySpace


Abu Zar Al-Ghiffari ra berkata " Saya berkata kepada Rasullullah SAW..." apakah kandungan suhuf nabi Musa ?"...Baginda menjawab :

" keseluruhan adalah pengajaran ". Aku merasa hairan terhadap orang yang yakin kepada kematian tetapi ia masih terus bergembir...Aku hairan kepada orang yang yakin tentang neraka tetapi ia masih ketawa...Aku hairan terhadap orang yang meyakini qadar ketentuan Allah SWT tetapi masih kecewa....Aku hairan terhadap orang yang melihat dunia yang membolak-balik penghuninya tetapi ia masih merasa aman terhadap dunia...Aku jua merasa hairan terhadap orang yang meyakini hisab di kemudian hari tetapi masih tetap tidak beramal ( untuk bekalan )"


p/s : bila aku baca riwayat ni..banyak benda yang aku fikir......( dari buku " APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM").... Begitu lemah nya aku...sangat bermakna pengajaran ini buat seluruh umat islam...kita x sedar apa yang kita lakukan di dunia ni...hanya keduniaan semata-mata....bila baca riwayat ni..baru aku tersedar.....aku melupai semuanya....aku percaya tetapi aku lalai... astagfirullahalazim.......astagfirullahalazim....


Assalamualaikum...dan selamat berpuasa....!!!!


Wah hehehe bertemu lagi kita di blog yang lama sudah aku x tengok...x update dan macam-macam lagi la.....aku pun x tau kenapa.....mungkin terlalu sibuk sehingga nak tengok blog ni pun susah....adoi...sedangkan ada lagi yang sibuk, bole ja post cerita-cerita baru....aku pula x bole?? ish2.... apalah....

ok disini...saya Epal Faezah..ingin mengucapkan Selamat menjalani Ibadah Puasa...yang akan tiba dalam masa yang x lama lagi....semoga apa yang kita usahakan,kita laksanakan, ibadah kita, akhlak kita dan sebagainya, Allah swt terima...insyaallah....


heehhe....comelkan pic kat atas tu...hihihiih.....saja ja...jangan risau pada semua kawan-kawan n teman-teman blogger....saya akan aktif menulis semula...insyaalllah..... saya cuba untuk aktif menulis kembali.....jangan segan2 baca entry2 yang terbaru ihihiihih.....insyaallah...!!!

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!!......




Monday, November 22, 2010

semester baru akan bermula....

assalamualaikum...

alhmdulillah...sekarang aku dah masuk semester keempat di bumi UNISEL.....subjek yang aku ambil makin lama makin susah nampaknya...adoi..hahaha tapi x apa....think positif...biasala adat orang belajar kan....hehehheh walaumacm mana pun...aku mesti berusaha..pointer aku makin setaip smester asyik jatuh jak....mungkin kerana tahap kemalasan ku yang teramat sangat....hhoohhooh

apa2pun....chayok2 faezah,...u can do it...dan rajin2 la mempost entry2 terbaru di blog ni...lama sudah terbiar ohohohoh......


k salam

Tuesday, November 2, 2010

maafkan sebab dah lama x update....

assalamualaikum....

maafkan saya pada semua kawan2 blogger..sebab dah lama x update blog ni..ada banyak tugasan yang saya lakukan... sebenarnya banyak hal nak dikongsikan pada blogger2 semua..tapi masa tu tak mengizinkan....

insyaallah...ada masa saya akan post cerita-cerita baru....dan saya akan mula aktif kembali dalm berblogging.... maaf sangat2 pada semua kawan-kawan blogger.......

Sunday, September 5, 2010

Kuih Makmur Mamaku...( SELAMAT HARI RAYA !! )


( kuih ni x la mcm kuih makmur mama ku selalu wat..tapi adalah skit mnyerupai...)

Salam....

hohoh.....sdhnya nda dpat pulang beraya d sandakan with my family....mama ku bapaku...si jian...adikku...huhuuhuhu.....2 tahun sudah nda balik..betapa sdhnya aku.....aku beraya dgn mcik ku c eg...huhuh....lagi2 kalau aku dgr lagu raya ni.....ayyok....hohooho...sedih...geram n macam2 perasaan ada di hati....tapi sabar jak la....think positive....hohoho..ada hikmah setiap kejadian yang berlaku....

sapala agaknya yang tolong mamaku buat kuih ya??? adun?? bulat2kan....bakar??? salut dgn gula aicing?? n simpan dalam bekas??? sapala ya..... dahla kerja tu memenatkan..kesian mama..... sbb mama tu mana suka main beli2 kuih ni....hohoh sanggup buat sndri...lepastu bukan kuih yg senang2..tapi semua susah2...adoi...hahahahha...tapi kalu di ingatkan...kesian mamaku.....

kuih makmur tu...kira kuih yang nda pernah ketinggalan dalam apa2 event or perayaan...( mcm jak la kmi smbut semua perayaann...hihihi)....msti ada kuih makmur tu....kiranya mcm kuih tradisi la.....kuih turun temurun dalam kuarga kami....sbb ada resepi rahsia....( ayok aku dah pchkan rahsia..)

tapi sememangnya kuih tu bila raya paling aku nda suka makan...tapi bila teda sudah kuih...kehabisan kuih....kuih makmur jugala yang di cari....hahahah....tgok betapa pelik nya kuih makmur mamaku....aku nda suka...tapi bila kehabisan kuih lain...kuih makmur tu la yang berabis di makan.....jadi sedap tiba2...hohohoho...

walau mcm mana pun....aku rindu mau buat kuih dgn mamaku...walaupun mamaku suka membebel2....hohohohahahhahaha..........sayang mamaku d sandakan....muah!!!!


( ni gmbar mama n bapaku tersayang..heheh)

p/s: if ada typing error itu adalah kesilapn ku semasa menekan keyboard...sebb aku mmg suka n selalu wat typing error....hahhaa....

Tuesday, August 17, 2010

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati



oleh http://Ibnuyaacob.com



Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan Jemaah Harakah Islamiyah .

Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.

Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?

Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.

Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

“Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”

(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)

Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.

1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.
2. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT. Selain itu, jemaah juga perlu menghadiri tamrin-tamrin yang dijadualkan oleh para amir dan amirah.
3. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan baiah yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual

Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.

Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.
Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”

(al-Mujadalah: 11)

Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;

“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”

Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam

Walaupun pada hakikatnya jemaah-jemaah di IPT diuruskan secara total oleh mahasiswa tetapi musuh-musuh Islam tahu pendokong yang membantu dari belakang ialah para pensyarah yang berfikrah Islam. Golongan pensyarah sentiasa diperhatikan gerak-gerinya khususnya berkaitan hubungan mereka dengan pelajar-pelajar kelas mereka.

Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.

Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.

Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati

Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.

Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.

Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.

Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati

Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.

Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan

Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.

Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.

p/s : artikel ni aku amik dari ibnuyacoob.com...kebenaran untuk copy dan share artikel ini..alhmdulilah....(uluminati malaysia)....hmm sama2 kita renungkan... amin...





Tuesday, August 10, 2010

ALHAMDULILlAH...RAMADHAN KEMBALI LAGI....




assalamualaikum semua....

alhmdulilah......puasa dtg kembali d tahun 2010....amin......begitu besarnya kurniaan allah swt kepada kita..ya allah.....alhmdulilah...

ok....kepada pembaca blog ku....selamat mnymbut bulan ramadhan ini dgn penuh ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT....semoga amal kita selama bulan puasa ini dan bulan2 seterusnya sentiasa diterima oleh NYA...amin...

jangan ponteng2 puasa tau...tingkatkan kesabarn dak keikhlasn hati kita d bulan yang mulia ni.....semua setan-setan dah di ikat...jadi kalu wat kesalahan tu bukan setan yang setan ..tapi kitala setan itu...huhuhu.....ganaz nya bahasa ku hehhe

ok...selamat berpuasa semua!!!

amin....

alhmdulillah....

Monday, June 28, 2010

METAFORA KUIH.....baca dan renungkanlah.....





Assalamualaikum.....

Untuk lebih mudah difahami..mari kita lihat metafora ini.katakanla melihat kuih... kita bole melihat kuih itu dengan empat pandangan...

pertama.....kita melihat kuih itu dgn pandangan mata....bila kita melihat kuih itu dgn pandangan mata kita akan tahu apa nama kuih itu...warna serta bentuknya...itu adalah pndangan mata biasa...

kedua.....bagaimana pula kita melihat dengan pandangn akal?? ini adalah pandangan pakar-pakar pembuat kuih ( chef atau pakar masakan ).Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan penelitian...dengan itu...mereka mampu menganalisis...Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya..kemahiran mengadunnya.atau kemahiran menguli sera membakar....

ketiga.....bagaimana pula kita memandang kuih itu dari pandangan nafsu??...Mereka ini tidak peduli dan x ambil pusing langsung apakah bentuk..nama..atau cara pembuatan kuih itu...yang penting makan dulu....Hinggalah dengan kegelojohan itu dia tidak sempat bertnya pada siapa empunya....inilah buruknya pandangan nafsu.Yang dipentingkan adalah kesedapan dan keseronokkan.....

keempat.....bagaimana pula kita melihat kuih itu dengan pandangan mata hati??melihat dengan pandangn akan mnyebabkan kita seolah-olah dapat melihat pembuat kuih tersebut.katakanlah anda sedang berada di luar negara...tiba musim Hari Raya...anda mendapat kiriman bungkusan dari kampung.Apabila bungkusan itu dibuka...dan anda melihat kuih didalamnya...denagn tidak semena-mena air mata anda mengalir...Apabila melihat saja kuih itu...hati anda sedih???? kenapa?????

hah....kerana....anda melihat kuih itu dgn pandangan mata hati...anda melihat wajah ibu ( pembuat kuih )di sebalik kuih itu....anda terkenang kasih sayang...keprihatinan...kelembutan dan segala-galanya yang terbaik dari ibu anda...pandangan itu menjangkau sesuatu yang lebih beerti bukan sekadar dari tulang....daging...dan urat ibu kita...tetapi kepada yang lebh bermakna....iaitu budi...kasih dan sayang.....

manakah pandangn yang lebih tepat dan murni? pastinya hati kita akan menjawab...itulah pandangn mata hati...

sumber : diari islam 2010..



p/s : aku suka sgt2 tentang metafora kuih ni....sedangkan apabila kita mengenal allah swt....adalah berdasarkan mata hati kita...mengenl sifat2 Nya...kekuasaanNYa...nikmatNYA....sperti kisah di atas...sudah tntu mmbawa kita berfikir sekejap kan......apa yg lebh penting.....mmg byk maksd tersirat berdasarkan kisah d atas.....harap ia mnjadikan panduan kita dalam mengenal seisi alam ini.....

amin....alhmdulila...

Friday, April 2, 2010

Aku Telah melupakan Blog Ku......

salam...

ari ni aku x meltakkan info..tapi jgn risau bila ada new stry ku letak juga heheh....

sudah lama aku x mengupdate belog ku ni.Bukan aku tinggal kan tapi byk tanggungjawab yang kena diselesiakian dlu..mcm2 perkara yang harus dilaksanakan atas tugas yang diberikan oleh para sahabat....hmm.... mmg penatla juga sbb aku masih manusia biasa...tapi nda apa....kerana niat...aku tetap berkorban melaksanakn tanggungjawab yg d berikan oleh pemimpin ku huhuh....

risau juga aku ni... sbb nda lama lagi final exm...n stdy ku lari2 udah....kejap fahm kejap nda faham.lagi2 semua kena guna english....habis aku.....n yang ku takut subjek programming lagi...huhu JAVA PROGRAMMING..biarpun aku stdy yang basic tapi mmg btul2 hampa aku sbb..midterm ku baru2 ni hnya 4 per 50 ja....bygkan ..mcm mana mau mengcover final exam ku nnti...huhuhu.....xpa...aku kena korban masa untuk cover balik stdy yang byk tertinggal....n aku kena minta tlong roomate ku yang sentiasa mmbantu aku time susah mahupun senang...namanya BRIDGET..org sarawak...(wah macm mempromote pula aku ni heheh)

Sebenrnya apa yang aku mau critakan dalam blog ku kali ni adalah...berkenaan ttg..kenapa ya dlm dunia ni mcm2 ragam manusia?? uhuhu...dan yang mmbuat aku sdh dalam sem 2 aku berada di unisel ni adalah.... kerana seseorg aku yang jadi mangsa keadaan...maksd ku...apa yang aku percaya..org tu dah musnahkan kepercayaan ku...aku boleh kata masalah dan dugaan terbesar ku d unisel skg adalah kena berdepan dgn manusia yang setiap hari aku akan lhat dan berdepan dgn ke"RIAK"kan dan ke"BERLAGAK"kan manusia itu...

Manala aku sanggup melihat lakonan nya di depan org2 sekeiling sdgkan aku tau hakikat sebenr kami sentiasa ditipu...(kami merujuk pada anggota2 housemate) huhu...aku nda patut menulis ttng manusi itu..tapi manusia tu betul2 mencabar kesabaran ku...makin aku berdiam diri makin aku ditindas...selama aku hidup aku nda pernah mnjumpai org sebegitu...org akan sentiasa melihat manusia itu sentiasa terbaik....tapi hakikat sbnr hanya allah sahaja yang tahu dan mangsa2 dalam perkara ni... aku x kan menulis perkara yang fitnah dan saja2...tapi aku menulis kerana mmg perkara ni berlaku dpn mata ku...dan sudah terbukti..adanya manusia yg RIAK dan BERLAGAK bila sudah mendapatkan sesuatu ILMU...

bukan maksd aku menulis ttg perkara semacam ini d blog ku untuk org tau...cuma aku nda tahan dgn sikap begitu sampai tmpat aku meluahkan semua masalah ku ini hnya kpda ALLAH SWT...diaryku..dan blog ni....ya allah maafkan aku kerana membuka aib hambamu...ya allah ampunkan aku dan aku memohon kepada mu...berikanla kesedaran kpda kwn ku yang ku syg itu ya allah....aku memohon kpd mu...amin ya robbal alamin..

Saturday, February 27, 2010

"BILA AL-QURAN MULA BERSUARA..."








Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra



Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.



Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....



Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...



Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.



Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku





Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama



Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu



Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t



Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu



Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.



Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...



Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Friday, February 12, 2010

kesabaranku......ya allah.....mampukah aku.....

andaikah.........diriku bisa seperti yang lain....

yang Kau sayang

yang Kau rindukan

yang Kau cintai.....

aku lemah....tanpaMu aku lelah...aku sungguh x berdaya.......

tolongku...tolongku....ya Allah....



setiap air mta ku mengalir.....

Allah aku lemah dan x berarti...

setiap derai tangis membasahi...

Allah jangan tinggalkan aku lagi....



aku sayang Allah...

aku rindu Allah....

aku cinta Allah....


by...waliband...

aku sangat2 suka lagu ni...

Friday, February 5, 2010

Sai Baba = Dajjal..?



Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya
India Selatan.
Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).
Abu Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya"
Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil.
Wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang -bahkan- jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut.
Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.
"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)
"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati" (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA
1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik, sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.
8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.
12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkano rang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi dirinya.
16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.
21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.
"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal. Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan mati sertadari keburukan fitnah Dajjal."


BY:http//solehatersenyum.blogspot.com

Hujan itu rahmat dari Allah swt...."Unisel"...

asslamualaikum......

hmm....beberapa hari ni d unisel...minggu ni setiap petang hujan turun...mungkin di tempat lain pun sama......tapi x apa.....hujan itukan rahmat yang diberikan oleh allah swt.....hujan ni membuatkan aku lbh malas dan ingin nak tidur ja.....heheheheh.......dahla sekarng ni ada assigment yang byk dan MIDTERM tntg programming mggu dpn dan masalah2 yang berkaitan dgn dri huhuhuhuhuh......owh...tidakkkk........

tapi insyaallah....aku akn buat yang terbaik.....berkenaan dgn hujan...hmm...kalu dari logik akal....apa yang berlaku beberapa hari ni mmg menakutkan....angin yang terlalu kuat...petir....guruh...smpai aku tggl kat hostel d tingkat 4 bole basah dalam rumah sndri.....huhuhuhu....betapa dahsyat nya.....tapi allah swt maha kuasa....x ada apa2 yang mustahil....semua yang berlaku pasti ada hikmah dan rahmatnya.....

hujan....buat aku tmbah malas nk wat kerja....tapi dapat menyejukkan hati.......hehehehehehehehe

salam

Friday, January 8, 2010

Aduh!! aku sakit mata....


salam....

huhuhu berapa hari ni aku sakit mata..ntahla....adakah aku byk tidur ataupun byk menghadap laptop setiap hari..???huhuhu sampai mataku merah2 berair dan sakit...gatal lagi....huhuhu apa caranya mau megurangkan rasa sakit mata ni?? ubat mata pun sudah diguna...sama ja...guna air suam2 panas pun tetap juga mata ku sakit n berair...

huhuhuhu.....tpi ndapa mudah mudahan x la sakit sblum aku smpai unisel....huhuuh...apa la caranya ni ya mau kasih kurang sikit kesakitannya...huhu mata2....ni la hari2 menghadap laptop main game n tdur lambat...huhuhu salahku sndri juga huhuhu.....aduh sakitnya mataku.....

lagipun selama aku balik sabah ni...aku tersangat2 la jarang kuar rumah untuk menghadap cahaya matahri dan tgok pokok2 hijau...sentiasa terperap dalam bilik...bilik dan bilik...huhu mgkin kerana itu jugala mataku boleh sakit...adakalanya badan kita ni pun kena kuar juga....riadah....huhuhahah...tapi aku x....sbb ntahla..kuar rumah bukan pilihan ku....aduh lari tajuk la pula....

tapi itula....harap x la mata ku sakit time aku d unisel lagi...apa la caranya untuk mngurangkan sakit aku akan cuba sedaya upaya....huhuhu

Saturday, January 2, 2010

keluar salah tak keluar pun salah....

assalamualaikum......

mgkin post kali ni beremosi skit...huhuhu...ntahla.....aku dalam bilik kena marah....keluar pun kena marah oleh mamaku...jadi apa lagi aku mau buat.....jadi aku sentiasala brkurung dalam bilik....ada org atau tamu pun aku cuma buat air n terus masuk bilik....aku mau buat macam mana lagi....kalu aku kuar duduk d ruang tamu tetamu2 yang datang buat aku sakit telinga ja....sentiasa dan asyik2 cerita keburukan org lain...jadi aku dalam bilik la berkurung buat hal sendri.. ...itupun aku d marah teruk2 oleh mamaku....

aku mau buat macam mana lagi...mamaku kata aku nda hormat org biarpun kuarga sndri yang datang....salahku juga tapi aku mau wat mcm mana lagi....aku sekali dgn org2 yang datang p rumah dan mndengar benda2 yang x elok jadi baik aku d bilik ja kan....apa yang ku buat semua salah.....kadang aku nda tau mau buat apa lagi....

dibilik salah keluar pun salah....aku nda mau cerita detail tapi kadang perkara ni wat aku tension...tension tersgt2.....
Related Posts with Thumbnails