Saturday, August 6, 2011

Bulan Puasa dan SYAITAN?......fuh,....

Assalamualaikum......salam ramadhan semua..... MySpace

Ya..sahabat-sahabat semua...Alhamdulliah...Allah swt masih memberi keizinan pada aku untuk menulis post baru di bulan yang amat mulia ini iaitu bulan ramadhan al mubarak....kenapakah aku menulis tajuk "BULAN PUASA DAN SYAITAN? ".... sebab dengan rasa bersyukur sangat-sangat kehadrat illahi kerna..aku baru melaksanakan tanggungjawab yang sahabat-sahabat aku berikan iaitu berkaitan tentang presentation about this satan,evil,geenie and as so on la....huhuhuuh.....rasa firstime selama aku hidup d universiti n bab-bab presentation ni... hari ni aku mempresent kan dgn keadaan yg bersemangat n x penah2 perasaan present aku kat kuliah or class seperti ini...alhmdulillah...syukur sgt2... mungkin aku present di depan org2 yang amat rapat dengan aku......hehhe..ok2 aku dah membebel panjang ni...so kita go through to the main topic..( wah speaking london nmpak?? hehhe )

Ok...Bulan Puasa VS syaitan....ayyook... hihih...MySpace...tu la..of course la amat2 related sgt2 bila nk bincang mengenai bulan puasa ngn setan ni....masa present td....haha cakap pasal makhluk ni kadang seram juga... tapi sebagai umat islam kita kena tau la....tu la musuh utama n musuh sejati umat islam dari zaman nabi adam lagi sehingga la hari kiamat nnti..... tengok....betapa seramnya kalu kita fikirkan....betapa janji2 setan-setan ni pada Allah SWT untuk menyesatkan manusia dengan pelbagai cara sekalipun terlaksana dengan jayanya sehingga sekarang....ya allah kalu kita fikir mendalam..memang amat menyeramkan....

Nak kata bulan puasa...banyak orang cakap setan2 ni kena ikat dan seangkatan dengan nya...But why still have many people do the worst things and break the rules from ALLAH SWT?? why still have many people like that?? persoalan seperti ini pun aku selalu tanya pada diri sendiri....sebab aku sendri insan yang lemah....x kuat untuk mempertahankan iman...dan selalu terjebak keara hasutan syaitan ini....hmm...bukankan setan2 ni kena ikat di bulan puasa ini? hah....ada sahabat aku mengatakan...yang setan,iblis n jin dibelenggu or terbelenggu sikit, terganggu kerana datangnya bulan yang amat-amat mulia ini... so ada juga yg buat maksiat d bulan ramadhan ni...hah apa yg aku perlu jawab ni??? ayyook...MySpace

Bagi pendapat aku la yang kecetekan ilmu,ilmu yang kurang ini...apa2 kemaksiatan yang berlaku pada bulan puasa ni..seperti yang berada d tempat aku belajar ni...asyik ada ja yang berdating tgah2 malam...yang sedihnya ada yang bertudung n ntahla..payah n amat susah aku nak terangkan... Rasanya...kerana NAFSU PLUS SETAN2 yang terbelenggu ini....fuh...bagaimanakah ini?? mcm mana ya aku nak ternangkan.....hmm..mcm ni..kalu hari biasa,bulan biasa, setan2 ni very core la untuk mghasut manusia...mmg sgt2 terus la..means setan2 ni x dibelenggu,denagn senang hatinya setan2 ni..menghasut n terus menghasut.. SETAN PLUS NAFSU...hohooh betulkah ni...tapi ni la pendapat yang lahir dari hati yang ikhlas dan kecetekan ilmu yanga da pada aku....(tp xpa..aku cuba berusaha untuk mnimba ilmu insyaAllah) faezah pasti boleh!!!MySpace

kalu nak cerita pasal godaan2 setan ni....mmg amatlah banyak.... so dengan itu....aku bg benda ni.... :

( aku copy sbb nk bg semua sahabat2 detailed mengenai semua ni...sbb kalu aku yg celoteh...konfem lari tajuk.... hohoohho )

sebenarnya byk lagi cara setan2 ni mengaanggu manusia...tapi ini yang mmpu aku berikan dahulu...mungkin ada part 2 ka lepas ni hihiihi.......

kesimpulannya.... apa2 yang berlaku...kuatkan iman kita..ingat pada ALLAH swt selalu...mulit sentiasa basah dgn zikirullah, ayat2 Al-Quran kerana..tu la benteng kita dari terhasutnya,termakannya kita pada pujuk rayu setan...InsyaAllah..... Bulan Puasa ni..kalu kita kuatkan hati dan semangat Insyaalah NAFSu kita yang nak ke arah kemaksiatan akan berkurangan kerna..AlLah SWT pasti akan membantu umat nya di bulan yang mulia ini juga bulan2 yang lain... ya KITA KUAT...ISLAM PUN KUAT!!!!!... selamat berpuasa semua......MySpace

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah: “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: “Ah…Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)

Syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah )kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: “Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud: “Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut: “Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: “Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.” (Hadis Riwayat Malik)

Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad Bersabda (memberitahu): Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”. (Hadis Riwayat Abu Daud).




2 comments:

cahya wahieda said...

interesting...saya pun takut mendengarnya...tapi sifat semulajadi manusia..setiap hari kite akan dihasut oleh syaitan..maka,kite perlu sedar dari khyalan kite,cepat2 memohon ampun pada allah..sebenarnya takut gak duduk didunia...byk sangt dugaan syaitan...ermmm...:-)

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

wah kak wahida...hehehhhe....trimas sebab komennya,...hehhehe :)

Related Posts with Thumbnails